|
Tenaga merupakan salah satu asas bagi pembangunan sesebuah negara. Isu utama adalah kebolehan sesebuah kerajaan untuk menampung keperluan rakyat dan kos tenaga yang semakin meningkat pada masa yang sama. Pengguna-pengguna domestik, komersil dan industri perlu sedar akan kepentingan kecekapan dalam penggunaan tenaga untuk memainkan peranan dan tanggungjawab bersama-sama dengan kerajaan.
Menyedari kepentingan ini, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) atau dahulunya dikenali sebagai Bahagian Alam Sekitar FOMCA telah merangka Pelan Kecekapan Tenaga Kebangsaan untuk jangkamasa 10 tahun. Kempen ini merupakan langkah pertama dalam pelaksanaan pelan ini. Kempen ini juga telah mendapat sokongan daripada pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (dahulunya Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi), Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pusat Tenaga Malaysia (PTM).
SWITCH! merupakan satu usaha oleh badan bukan kerajaan dengan sokongan kerajaan dan industri untuk kebaikan rakyat dan negara.
BERUBAHLAH!
BERUBAHLAH tabiat supaya menutup peralatan apabila tidak digunakan
BERUBAHLAH kepada peralatan yang Cekap Tenaga
| 1.
Anjuran bersama |
| |
|
Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) |
| |
|
Kementerian Tenaga, Teknologi Hiijau dan Air |
| 2.
Agensi Pelaksana |
| |
|
Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) |
| 3.
Dengan Sokongan |
| |
|
Suruhanjaya Tenaga (ST) |
| |
|
Tenaga Nasional Berhad (TNB) |
| |
|
Pusat Tenaga Malaysia (PTM) |
| 4.
Objektif Utama |
| |
|
Mempertingkatkan kesedaran akan konsep kecekapan tenaga di kalangan rakyat Malaysia, |
| |
|
Mempromosikan amalan kecekapan tenaga kepada pengguna domestik, komersil dan industri, |
| |
|
Menggalakkan penggunaan peralatan cekap tenaga di kalangan pengguna domestik, komersil dan industri. |
| 5.
Intipati Kempen |
Kempen ini akan menyalurkan mesej yang ringkas dan tepat kepada pengguna-pengguna mengenai isu penjimatan tenaga serta kecekapan tenaga melalui : |
| |
|
Tip-tip penjimatan yang praktikal |
| |
|
Fakta sistem pembilan |
| |
|
Carta pengguna elektrik |
| |
|
Penauditan tenaga di rumah dan tempat kerja |
| |
|
Aktiviti-aktiviti yang interaktif |
| |
|
Kesedaran terhadap barangan yang cekap tenaga |
| 6. Program-Program |
| |
|
Program Sekolah Rendah |
| |
|
Program Sekolah Menengah |
| |
|
Program Industri, dan |
| |
|
Program Umum |
| 7.
Kumpulan sasaran |
| |
|
Pengguna Domestik |
| |
|
Agensi kerajaan |
| |
|
Pengguna Komersil |
| |
|
Pengguna Industri |
|